Saturday, May 21, 2011

Di sulam suka dan duka… dan sengsara itu diamnya di hati.

Susah hendak memahami seorang aku. Kadang-kadang aku sendiri tak faham diri aku sendiri. Kalau boleh aku nak jadi macam seorang teman yang cukup tenang. Positif hatinya, tulus perbuatannya. Berilah seribu berita yang memualkan padanya, dia tetap dia… dia tetap senyum dan masih mampu menasihati. Kalau boleh aku mahu pejamkan mata terus dari melihat segala yang sumbing di sana-sini. Sudah lama, mata aku terlalu sakit melihat segala sumbang dan sumbing yang terjadi. Tak perlu berlaku pada diri aku sendiri. Cukup untuk aku merasa sakit bila sumbang dan sumbing itu terjadi pada diri teman-teman yang aku kasihi. Lalu, apa jadinya pada aku? Aku pendam segala rasa itu dalam-dalam. Aku tak berani mahu berterus-terang…ini salah, jangan lakukan lagi. Aku takut kerana aku bukan sempurna. Dan aku takut juga bila teguran itu disalah tafsir.

Lalu, bila sampai ketikanya aku perlu bersuara…kerana sumbang dan sumbing yang terjadi sudah dikesan oleh ramai mata…tika itu diri terasa dibenci. Diri terasa dihina…mungkin memandang aku pun, mereka tak ingin lagi. Lepaskah sudah tanggungjawab aku pada mereka…kerana aku tak sempurna.

Mungkin di hari-hari yang mendatang, aku perlu lebih menyimpan anugerah suara ini untuk kulontarkan di saat-saat perlu sahaja. Mungkin di saat segala-galanya sudah semakin sumbing. Biar jari-jariku sahaja yang ‘bersuara’ untuk menyampaikan kata seperti mana ianya berlaku dahulu…

Semua manusia menginginkan dirinya difahami… tapi setakat mana kita memahami diri orang lain?

No comments:

Post a Comment