Saturday, May 21, 2011

Puteriku,
Sesungguhnya jauh d sudut hati,
mama amat dan terlalu menyayangimu,
mama tak minta kasih syg mama d balas,
cukuplah kehadiran dan senyumanmu syg..



Srikandi mama,
Kehadiranmu membawa seribu erti,
kehadiranmu menyedarkan mama,
kehadiranmu membangkitkan seribu rasa,
dan yg paling penting,
kehadiranmu membangunkan mama dr mimpi,
agar mama berdiri teguh,
agar mama kembali kepada yg Satu...



Buah hati Mama,
Mama bahagia tika menggenggam erat jari jemarimu,
menguatkan Mama ketika rasa takut menghampiri,
bahagia tika menghabiskan waktu mendengar suaramu,
mendengar tawamu,
mendengar esakanmu,
Mama benar-benar bahagia,
meski mama pernah menangis kernamu...



Syg Mama.
Beri mama sedikit waktu,
Untuk menjadi yang kau mahu,
bukan untuk menjadi orang lain,
hanya sedikit lebih baik untuk disayangi olehmu,
karna mama menyayangimu..



Anak manja mama,
Mama masih di sini,
dan akan terus d sini,
berada d sampingmu,
untuk menjagamu,
bukan utk memanjakanmu,
meski tanpa sedar mama telah memanjakanmu,
tapi untuk membuatkanmu,
berdiri kuat dan teguh,
dengan kasih yang mama miliki,
kerna mama terlalu dan amat menyayangimu..



Mama Sayang Assyanur Juni Ibtisam
Terima kasih buat suamiku kerna memberi cahaya dan kebahagiaan ni..
InsyaAllah kasih ayg terhadap abg hingga akhir hayat..
Moga jodoh dan kasih syg kita berkekalan
seperti kasihnya Nabi Muhammad pada isterinya,
seperti kasih Zulaikha terhadap Yusooff..
Amin Ya Ra'bal Alamin








No comments:

Post a Comment